Brooke Brodack
Brooke Brodack

Brooke Brodack

Brooke Allison Brodack (lahir 7 April 1986), aka Brookers, ialah pelawak video tular Amerika Syarikat terutama dikenali untuk video pendeknya di YouTube, yang telah menerima 49 juta tontonan dan mendapat kontrak dari media arus perdana.[1] The New Yorker menyebut beliau sebagai "bintang YouTube pertama yang nyata."Brodack telah membuat video sejak berusia 9 tahun.[2] Lulus dari Wachusett Regional High School, beliau kemudian belqjqr di Worcester State College, Quinsigamond Community College dan Mount Wachusett Community College, dan akhirnya D-O dari tahun ketiga. Brodack bekerja pada 2003-2006 sebagai penyambut tetamu di 99 Restaurant, dan menawarkan diri (pada 2003-05) untuk program NEADS (Dogs for Deaf and Disabled Americans) di Sterling, Massachusetts.[3]